SK ABANG MOH SESSANG

SK ABANG MOH SESSANG
Kabong, Sarawak

Wednesday, 15 April 2015

Lawatan Penilaian Anugerah Pusat Sumber

Pada 15 April 2015, SK Abang Moh Sessang menerima kunjungan dari Puan Annie John dan Puan Dayang Rodzipah dari BPTN Sarawak bagi menilai pencapai pusat sumber sekolah.

Tahun ini merupakan tahun pertama SK Abang Moh mendapat pencalonan sebagai pusat sumber bagi mewakili bahagian Betong.

Lawatan ini turut disertai oleh En Nazzuruddin dari PKG Saratok yang berperanan membimbing pihak sekolah dalam menjadikan pusat sumber sekolah lebih berperanan dan optimum manfaatnya kepada murid dan warga sekolah keseluruhannya.

Melalui penilaian ini banyak info,bahan dan bimbingan yang diberikan oleh wakil BPTN.

Mudah-mudahan melalui pencalonan ini dapat menjadikan pusat sumber sekolah lebih cemerlang pada masa akan datang.







1 comment:

  1. Tahniah SKAMS teruskan usaha anda dalam memperkasa dan memartabatkan PSS.Satu perkongsian...Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang pelajar apabila dilakukan secara kerap.Secara tidak langsung boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa pelajar apabila penemuan (discovery) berlaku saban hari istilah atau kosa kata baharu dalam minda pelajar.Hasilnya penggunaan kosa kata diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan serta pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca.Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia. Disinilah peranan PSS dalam membantu guru-guru mendidik pelajar jika PSS diurus dengan sistematik, ada perancangan aktiviti, penggunaan yang optimum dan efisien. Permuafakatan,kesedaran dan penglibatan semua warga sekolah juga perlu dipupuk dalam membangunkan sebuah PSS yang cemerlang kerana semua ada peranan masing-masing. Semoga PSS SK Abg Moh Sesang menjadi sebuah PSS Cemerlang dan menjadi contoh di daerah Saratok suatu hari nanti. Amin.

    ReplyDelete