SK ABANG MOH SESSANG

SK ABANG MOH SESSANG
Kabong, Sarawak

Monday, 18 May 2015

SKAMS 2015

PROGRAM TERIMA KASIH IBU  merupakan  salah satu program yang dilaksanakan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAMS. Program ini dijalankan untuk menghargai jasa warga emas khasnya yang bergelar ibu. Ini lebih bermakna apabila ia dilaksanakan sempena hari kelahiran ibu. Betapa ibu akan akan merasa diri sangat disayangi dan dihargai.

M   is for the million things she gave me
O   means only that she’s growing old
T   is for the tears she shed to save me
H   is for her heart of purest gold
E   is for her eyes, with love-light shining
R   means right, and right she’ll always be


Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu. Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu. Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyumanmu. Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti dicetak dengan langkah kakimu. Kau adalah ALASAN kenapa aku ada.....Terima Kasih Ibu.


Program Terima Kasih Ibu

Sambutan untuk Ibu Isah binti Abdullah di kediamannya, Kampung Hilir Sessang.

Pada 29 April 2015.











Thursday, 14 May 2015

PROJEK KHIDMAS SKAMS

KHIDMAS  merupakan projek khidmat bersama masyarakat sekitar.

Projek KHIDMAS sehari bersama Warga Emas Kampung Sessang

Mambantu apa yang patut,
Cuba meringankan beban,
Walau sehari cuma,
Demi Warga Emas Tersayang,
Penghargaan KEKAL buat SELAMANYA


Diadakan pada:
  • 10 September 2014
  • 24 September 2014
  • 1 Oktober 2014














AKTIVITI PEMASANGAN KHEMAH....SEGAR DALAM INGATAN

Mengimbas memori Aktiviti Pemasangan Khemah Pengakap tahun lepas....
Go Pengakap go.....





Laporan Bergambar DWEN SKAMS 2015

"Jikalau engkau bersifat budiman
di pandang sebagai bunga setaman"

"Jikalau engkau bersifat pemurah
semua orang datang menyerah"

"Barang siapa berbuat jasa
Harum namanya sepanjang masa"


Nilai berhemah tinggi sememangnya di pandang tinggi dalam masyarakat. Justeru, seseoang yang berbudi pekerti tinggi akan dipandang cantik dan indah. Bersikap baik hati dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain terutamanya warga emas adalah murni.

SKAMS turut mengadakan Program DWEN untuk menghargai Warga Emas di Kampung Sessang, Program yang dijalankan ialah Program Salam Takziah diadakan di kediaman keluarga Allahyarham Kiprawi bin Mat mantan  Ketua Kampung Sessang pada 11 Mac 2015



Wednesday, 15 April 2015

Kelas Pemulihan dan Bimbingan Kaunseling

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
-Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SK Abang Moh sentiasa komited untuk menjayakan visi misi pendidikan.

Antara yang aspek yang diberi perhatian termasuklah murid-murid lemah yang memerlukan perhatian lebih untuk belajar.

Justeru, unit Kelas Pemulihan dan Bimbingan Kaunseling SK Abang Moh di bawah selian Cikgu Mariani bt Rahmat berusaha menyediakan kelas yang kondusif untuk murid-murid ini belajar.

Berikut antara suasana ceria dan selesa kelas :









Lawatan Penilaian Anugerah Pusat Sumber

Pada 15 April 2015, SK Abang Moh Sessang menerima kunjungan dari Puan Annie John dan Puan Dayang Rodzipah dari BPTN Sarawak bagi menilai pencapai pusat sumber sekolah.

Tahun ini merupakan tahun pertama SK Abang Moh mendapat pencalonan sebagai pusat sumber bagi mewakili bahagian Betong.

Lawatan ini turut disertai oleh En Nazzuruddin dari PKG Saratok yang berperanan membimbing pihak sekolah dalam menjadikan pusat sumber sekolah lebih berperanan dan optimum manfaatnya kepada murid dan warga sekolah keseluruhannya.

Melalui penilaian ini banyak info,bahan dan bimbingan yang diberikan oleh wakil BPTN.

Mudah-mudahan melalui pencalonan ini dapat menjadikan pusat sumber sekolah lebih cemerlang pada masa akan datang.







Tuesday, 14 April 2015


Perhimpunan mingguan SK Abang Moh

Tarikh: 15 April 2015
Hari: Rabu
Masa: 7.30 pagi

Ucapan Guru Besar

1. Semua murid tahun 6 sewajarnya menghadiri kelas tambahan yang pihak sekolah jalankan. Ia adalah untuk kebaikan murid itu juga.


2.    Semua murid diharap dapat berhati-hati dengan penyakit yang semakin menular sekarang iaitu penyakit kuku, kaki dan mulut. Langkah-langkah menjaga kebersihan mestilah di ambil.

3.        Pusat sumber sekolah kita tercalon untuk anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi bahagian Betong. Jadi petang ini wakil dari JPN Kuching akan membuat penilaian. Semua guru diucapkan terima kasih atas sokongan  dan bantuan yang diberikan.

4.          Sekolah kita akan menghantar wakil bagi acara hafazan dalam majlis tadarus Al-Quran peringkat negeri Sarawak pada 21 April 2015 di Sarikei. 

Seorang pelajar juga terlibat sebagai salah seorang pemain bola mewakili bahagian Betong ke peringkat Negeri Sarawak.


Kita doakan mereka semoga berjaya.

Ucapan PK HEM

1.           Semua murid harus meningkatkan displin diri. Displin amat penting untuk kita mencapai kejayaan.


2.            Masa adalah penting. Semua orang harus menjaga masa dengan baik. Masa lapang harus diguna sebaiknya. Boleh guna masa lapang untuk menghafal sifir.

3.             Murid harus menjaga adab apabila tetamu datang ke sekolah. Beri salam pada mereka.

Aktiviti Kuiz Sifir


Beberapa orang murid dipanggil secara rawak untuk membaca sifir:

1. Natasha tahun 4
2. Dania tahun 3
3. Azrul tahun 5
4. Syakir tahun 3
5. Nurul tahun 6

Terdapat murid dapat membaca sifir dengan lancar. Namun masih ada yang masih lemah harus tingkatkan usaha.

Perhimpunan di akhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

Monday, 13 April 2015

SEJARAH SEKOLAH



Sejarah pembinaan Sekolah Kebangsaan Abang Moh Sessang bermula sekitar tahun 1946 apabila Haji Omar Bin Buang bertindak menubuhkan suatu jawatankuasa untuk memberi pendidikan anak-anak di Kampung Sessang. 

Namun demikian sesi pengajaran membaca kitab suci Al-Quran, berzikir dan lain-lain aktiviti berunsur keagamaan telah mula diadakan di rumah orang-orang kampung secara tidak formal.

Pada tahun 1948, Haji Omar telah memanggil satu mesyuarat untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi mendirikan sebuah sekolah untuk mendidik anak-anak di kampung ini. Jawatankuasa tersebut telah menulis surat permohonan kepada Majlis Daerah Kalaka untuk memaklumkan hasrat mereka. Dalam tahun yang sama juga, pihak majlis telah memberi kebenaran pada jawatankuasa tersebut untuk membina pondok sekolah yang pertama.

Pada bulan Ogos 1948 sekolah ini didirikan di atas tanah  kepunyaan Haji Omar Bin Buang. Kerja-kerja mendirikan banggunan sekolah telah dibuat secara bergotong-royon oleh penduduk kampung dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti batang nibong dan daun nipah.
Guru yang mengajar dipilih oleh jawatankuasa sendiri. Bagitu juga denga gaji guru yang mengajar, dibiayai oleh ahli jawatankuasa. Ini adalah kerana sekolah ini merupakan sekolah percubaan.

Tanggal 10 Mac 1949 sekolah ini dijadikan sekolah rakyat dengan bilangan murid yang seramai 30 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Pada 8 Januari 1950 pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh Majlis Daerah Kalaka. Guru yang berdaftar telah ditempatkan buat pertama kalinya dengan gaji bulanan sebanyak RM80 sahaja. 

Pada tahun 1959, Haji Omar Bin Buang meninggal dunia. Selapas itu atas usaha dan inisiatif jawatankuasa sekolah, penduduk tempatan telah menambah banggunan sekolah dengan 70 peratus kos ditanggung oleh Majlis Daerah Kalaka smeentara 30 peratus lagi oleh penduduk kampung. Banggunan itu siap dibina pada 1961. 

Pada bulan Jun 1962 sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Mr. Jakwey, Pemangku Gabenor Sarawak dan seterusnya diberi nama Sekolah Rendah Kerajaan Abang Moh Sessang sempena nama ketua kampung pertama Kampung Sessang. Tapak untuk mendirikan sekolah ini dengan keluasan dua ekar adalah kepunyaan Allahyarham Haji Omar Bin Buang.



Kumpulan Nasyid SK Abang Moh Tempat 3 MTQ Bahagian Betong


Alhamdulillah kumpulan Shoutul Rahman SK Abang Moh Sessang mendapat tempat ke tiga dalam Pertandingan Nasyid dalam Majlis Tadarus Al-Quran peringkat  bahagian Betong bagi tahun 2015.

Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan SMK Pusa.

Kumpulan Shoutul Rahman telah menyampaikan nasyid bertajuk Al-Quran Nur Ummah untuk lagu pertama dan Rukun Iman Kita untuk lagu kedua.

Tahniah diucapkan dan diharapkan dapat terus maju jaya pada masa akan datang. Semoga melalui medium  nasyid ini dapat mengembangkan bakat murid dan menanamkan minat mereka kepada hiburan Islam.

Insyallah
Dari hadapan: Syafiq, Kamarul , Rizal, Danish Zakwan, Saifullah
Dari Belakang: Cikgu Ehsan , Farhan, Zul, Hakim, Zainol, Azrul

Monday, 30 March 2015

Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Bahagian Betong di SK Abang Moh Sessang

Fly Abang Moh Fly....Fly High to Bicara Berirama.....Semoga berjaya kepada semua anak didik SKAMS 2015